Aepul Drama Band positif Covid-19

Aepul Roza
Aepul Roza
A
A
A

SELEPAS beberapa selebriti mengesahkan terkena jangkitan Covid-19, kini vokalis Drama Band, Aepul Roza pula berkongsi berita yang sama.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram Story miliknya semalam, Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, memaklumkan disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.

“Dukacita dimaklumkan, ujian calitan kali kedua membawa keputusan positif. Leez Rosli (isteri) negatif,” ujar Aepul.

Menurut Aepul lagi, dia sudah memulakan kuarantin kendiri di rumah sejak beberapa hari lalu.

“Saya kini sedang menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih,” tulisnyanya.

Antara selebriti yang sebelum pernah terkena jangkitan Covid-19 ialah Ashraf Muslim, PU Riz, Puteri Aishah dan Alif Satar. Diikuti yang terbaru iaitu Harris Anuar, Shima Anuar, Rea Kool FM dan Emma Maembong.

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Aepul Roza)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca