Aepul, Leez timang cahaya mata kedua

A
A
A

PENYANYI yang juga merupakan vokalis Drama Band, Aepul Roza  menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, pelakon Leez Rosli selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Bangi, awal pagi Rabu.

Aepul atau sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, berkongsi berita gembia tersebut menerusi laman Intagram miliknya dengan memaut naik gambar pertama perhata hatinya itu.

“Alhamdulillah isteri saya, Leez Rosli dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” ujarya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Drama itu juga turut memberikan bayangan anak lelakinya itu bakal mengikuti jejak langkahnya dalam muzik.

“Welcome to the world, baby boy… I’ve got a new rocking partner,” tulisnya.

Peminat dan pengikut pasangan ini turut berkongsi kegembiraan apabila masing-masing memberikan ucapan tahniah dan doa untuk kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan itu menerusi ruangan komen.

Aepul dan Leez berkahwin pada 27 Disember 2014 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Nur Saffiya Alisha yang kini berusia lima tahun.

 

(FOTO: Instagram Aepul Roza)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca