Aeril Zafrel, pengurus positif Covid-19
PELAKON Aeril Zafrel dan pengurusnya sah positif Covid-19 menerusi keputusan ujian calitan yang diperolehi pada Rabu.
Aeril atau nama penuhnya Suhairil Sunari, 33, memaklumkan berita tersebut menerusi laman Instagramnya hari ini.
Menurut pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu, dia berkemungkinan mendapat jangkitan daripada pengurusnya yang mengalami demam beberapa hari lalu sebelum dia membawanya ke klinik.
“Pada hari Isnin, saya pergi ke rumah pengurus kerana dia demam. Saya ke sana sebab kebiasaannya saya yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.
“Hari Selasa saya bawa dia pergi klinik dan ambil swab test PCR sekali dengan saya. Keputusan keluar pada Rabu di mana saha dan pengurus disahkan positif,” ujar Aeril.
Susulan keputusan terserbut, Aeril segera mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian calitan ke atas isteri dan tiga anaknya, termasuk semua kakitangannya.
“Swab test RTK kesemua mereka negatif dan masih menanti keputusan PCR pula. Doakan negatif juga,” pinta Aeril.
Dalam pada itu, Aeril menjelaskan dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sementara menunggu panggilan dan Tindakan lanjut daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sekarang saya kuarantin kendiri di bilik atas. Nak isi masa 10 hari ini dengan macam-macam aktiviti. Doakan yaa.
“Sekarang pengurus saya dah tak demam lagi, tapi tetap kuarantin kendiri,” kata Aeril.
(FOTO: Instagram Aeril Zafrel)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang