SELEPAS berkongsi foto dilamar kekasih hati di atas sebuah pesawat ringan, pelakon Afifah Nasir dipercayai mengikat tali pertunangannya bersama Syed Hariz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Menerusi hantaran yang dikongsikan kakaknya yang juga pelakon, Anzalna Nasir, pasangan itu diraikan dalam yang diadakan pada sebelah malam.

“Tahniah Hariz dan Afifah. Cantik dekorasi dan landskap. Sempat berangan dekat pelamin dengan sepupu saya,” kongsi Anzalna menerusi Insta Story.

Atur cara dan persediaan majlis berkenaan turut dikongsikan adiknya, Nazirah Nasir.

Baca juga: ‘Finally! Say yes I do.’ Afifah beri bayangan bakal akhiri zaman solo tahun ini

Baca juga: Personaliti mudah terhibur Afifah Nasir, curi perhatian peminat

‘Pertunangan kakak saya!!! Malam yang indah, penuh dengan cinta dan tawa,” titipnya sambil berkongsi hashtag #AfifahSyedYes.

Afifah menggayakan baju kurung moden putih manakala Syed Hariz pula memakai baju Melayu Teluk Belanga berona sama.

Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir, 31, terdahulu berkongsi foto dilamar Syed Hariz dengan berlatarbelakangkan sebuah pesawat.

Baca juga: ‘Hari ini bertambah lagi, total 10 anak.’ Rebecca Nur Al-Islam bakal terima menantu pertama, anak tiri selamat bertunang

Baca juga: [15 FOTO] Putera Mateen, Dayang Anisha rasmi bertunang, istiadat berlangsung di istana

Afifah

Pelakon drama berantai Pengantinku Jatuh Dari Langit terdahulu berkongsi menerusi akaun Instagram peribadinya turut memberi bayangan akan mengakhiri zaman solo pada tahun ini.

Afifah

Iklan

Warga maya mengucapkan tahniah buat Afifah dan tertarik dengan kemeriahan majlis berkenaan. Ujar mereka:

– “Seronoknyaa tengok video ini senyum seorang diri dibuatnya. What a lovely day! Congrats Afifah.”

– “Alhamdulilah, moga dipermudahkan ke fasa seterusnya. Tahniah Afifah.”

– “Wow cantiknya Afifah, berseri-seri.”

– “Alhamdulillah, tahniah. Berseri-seri Afifah.”

Iklan

Sumber: Instagram Anzalna Nasir, Nazirah Nasir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!