PELAKON dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam dikurniakan rezeki cahaya mata yang ramai. Ibu kepada sembilan anak itu baru-baru ini teruja mengumumkan bakal menerima pertambahan ahli keluarga besarnya.

Isteri kepada Datuk Norazam Datuk Sulaiman itu memuat naik foto kemeriahan majlis pertunangan anak tirinya, Nor Ariff Qayyum.

“Hari ini anak kami sudah bertambah lagi seorang. Total semua anak 10 orang. Alhamdulillah segala-NYA daripada ALLAH SWT

“Insya-ALLAH jika tiada aral melintang tahun depan kami menerima menantu pertama dalam rumah.

“Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan menjaga kesemua anak anakku hingga syurga,” kongsi Rebecca.

Baca juga: Ustazah Norhafizah Musa terima menantu ketiga, dua keluarga sahabat baik kini berbesan

Ibu penyayang itu turut menitipkan doa dan nasihat buat anak tiri serta bakal isteri.

“Tahniah Abang Arif dan Syazreen. Semoga anakanda berdua kuat menempuh segala rintangan dan dugaan dalam ikatan pertunangan.

“Ingat ALLAH SWT sentiasa, ALLAH akan ingat dan menjaga kita sentiasa,” coretnya.

Baca juga: Wardina Safiyyah syukur terima menantu, anak sulung Amna Nafeesa kini bergelar isteri

Rebecca berkahwin Datuk Norazam yang merupakan peguam dan ahli perniagaan pada 14 Januari 2011.

Pasangan itu dikurniakan sembilan orang anak yang mana lima daripadanya merupakan anak kandung, dua orang anak tiri dan dua orang anak angkat.

Baca juga: Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

Mereka diserikan dengan kelahiran lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff AI-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Ammar Al-Rizky, lima bulan.

Selain itu, Rebecca juga memiliki dua orang anak tiri iaitu Nor Ariff Qayyum dan Nur Khayrin Sofiya  serta dua anak angkat iaitu Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.

Warga maya mengucapkan tahniah buat Rebecca dan mendoakan kebahagiaan anak tiri dan bakal menantunya.

Iklan

Tidak kurang yang memuji penampilan Rebecca yang bergaya dan awet muda. Ujar mereka:

– “Tahniah. Seronoknya anak ramai begini. Boleh imagine esok mak ayah sudah tua, balik raya rumah penuh dengan cucu-cucu kecil. Meriah.”

– “Tahniah, dah nak dapat menantu.”

– “Tahniah buat Datin Becca sekeluarga.”

– “Tahniah Datuk dan Datin, ibu mentua yang cantik dan vogue. “

– “Seriuslah sudah nak terima menantu? Mummy nampak muda betul.”

Iklan

Baca juga: ‘;Abang Sabri ialah ustaz saya.’ Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

Sumber: Instagram rebeccanuralislamahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!