BAKAL off market, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan.

Memetik Borneo Bulletin, Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Sebelum itu, Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’ kepada rombongan Pengantin Diraja Perempuan.

Yang Maha Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki ke atas rombongan Pengantin Diraja Perempuan dengan hantaran pertunangan disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.

Baca juga: Wedding of the year! Majlis perkahwinan diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah bakal berlangsung 10 hari

Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.

Baca juga: Siapa Dayang Anisha, permaisuri dalam hati Putera Mateen? 10 info menarik, bakal disatukan 11 Januari 2024

Baca juga: Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 7 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati

Turut kelihatan bapa dan abang kepada Dayang Anisha, Awang Adam Abdullah dan Danial Deen Isa.

Iklan
Rombongan menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja tiba di Baitur Rahmah (Kredit foto: Media Permata)
Kredit foto: Media Permata
Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja di Balai Singgahsana Indera Kenchana untuk diserahkan kepada keluarga pengantin diraja perempuan. (Kredit foto: Jabatan Penerangan Brunei Darussalam)

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Sebanyak 17 das tembakan dilepaskan sebagai menandakan Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja telah diterima.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada 7 Januari lalu.

Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Kredit foto: Media Permata
Sebanyak 17 das tembakan dilepaskan sebagai menandakan Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja telah diterima (Kredit foto: Media Permata)

Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan., manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.

Iklan
Rombongan menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berangkat ke Baitur Rahmah (Kredit foto: Media Permata)

Untuk rekod, Putera Mateen, 32, ialah anakanda ke-10 Sultan Brunei dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Memiliki 2.5 juta pengikut di Instagram, popularitinya tidak dapat disangkal lagi.

Sumber: Astro Awani, Media Permata

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!