Aina Abdul, Aisha Retno juara Vokal Mania

Vokal Mania Finale
Vokal Mania Finale
A
A
A

PENYANYI Aina Abdul dan Aisha Retno menepati ramalan ramai apabila masing-masing dinobatkan sebagai Juara Idol dan Juara Rookie di pentas akhir program Vokal Mania yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam Sabtu.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan Aina membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM50,000, manakal Aisha dengan RM30,000, beserta kerusi ‘gaming’ dan trofi.

Aina, 27, tampil dengan persembahan memukau menerusi lagu Shadow dan I Surrender untuk segmen solo, selain Flashlight untuk segmen battle bersama rookie.

Turut bertanding untuk kategori Idol ialah Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo.

Sementara itu, Aisha,19, tampil menyampaikan lagu Lelaki Teragung dan Don’t You Worry About A Thing untuk segmen solo, Asmaradana pada segmen battle bersama idol dan Roadblock Hatiku berentap dengan rookie.

Aisha mendahului tiga rookie lain yang terdiri daripada Alif Kadim, Danial Chuer dan Eranzz Lambert.

Kesemua peserta yang bertanding di pentas akhir Vokal Mania diadili oleh barisan juri tetap yang terdiri daripada Yusry Abdul Halim dan Misha Omar, manakala Adibah Noor sebagai juri jemputan.

Vokal Mania yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Syafinaz bersiaran selama sembilan minggu secara langsung menerusi TV3, setiap Sabtu, jam 9 malam.

(FOTO: TV3)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca