PELAKON, Datuk Fizz Fairuz dan isteri, Datin Almy Nadia selamat berangkat untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci 20 Disember lalu. Membawa bersama empat anak kecil, pasangan itu kini selesai menunaikan umrah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Fizz dilihat sedang mengerjakan tawaf bersama Almy dan empat puteri mereka.

Dalam rakaman menampakkan jemaah umrah yang sedang mengelilingi Kaabah, kedua-duanya kelihatan sayu.

Dengan raut wajah penuh sebak, aktor berusia 44 tahun itu menzahirkan rasa syukur dan menitipkan umrah kali ini sebagai penghargaan isteri tercinta.

Baca juga: ‘Nak pulihkan sakit dia bukan senang…’ – Almy Nadia dedah Fizz Fairuz alami sakit misteri

“Alhamdulilah, selesai umrah kami sekeluarga, terima kasih doa semua.

“Air mata Almy Nadia cukup bermakna bagi saya, hadiah menjaga anak-anak,” kongsinya.

Warga maya tersentuh dengan luahan Fizz terhadap Almy di samping mendoakan pasangan itu dikurniakan umrah yang mabrur. Ujar mereka:

– “Hebatnya kasih seorang suami, apabila menghargai dan memuliakan isteri sebagai ibu yang menjaga serta mendidik anak-anak. Alhamdulillah, tahniah datuk dan datin.”

– “Alhamdulillah. Semoga dapat umrah yang mabrur, doakan kami diberikan rezeki ke sana.”

– “Semoga mendapat umrah mabrur buat Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia. Bertuahnya anak-anak kecil sudah menjadi tetamu ALLAH.”

– “Respek sangat kepada Datuk kerana menghargai Datin.”

Baca juga: Angeline Tan sebak berdoa depan Kaabah, Sabri Yunus kongsi momen istimewa. ‘Air matamu, air mataku jua’

Iklan

Terdahulu, Almy berkongsi hantaran memohon kemaafan dan berharap semoga sekeluarga selamat berangkat ke Tanah Suci dan pulang semula ke tanah air.

Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin dalam majlis di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang pada 26 April 2014.

Sembilan tahun berkongsi hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahata mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra dan Nur Afrina Aisyah.

Iklan

Selain itu, pasangan berkenaan turut memiliki seorang anak angkat, Afrina Darwisyah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!