PELAKON Angeline Tan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ia pasti menjadi momen paling manis buatnya memandangkan baharu sahaja memeluk agama Islam.

Mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Sabri Yunus, perkongsian sebuah video berdurasi 23 saat ketika wanita itu berada di hadapan Kaabah menyentuh hati warga maya.

Sambil menadah tangan berdoa, tiada perkataan yang dituturkan namun riak wajahnya sebak dengan air mata yang bergenang sambil memandang Rumah ALLAH itu.

“Air matamu, air mataku jua. Semoga ALLAH memelihara kita,” kongsinya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menitipkan doa agar pasangan beroleh kebahagiaan dan keberkatan.

– “Allahuakbar, hebatnya percaturan ALLAH. Di akhir usia dibukakan pintu hatinya. Qada dan Qadar-NYA itu pasti.”

– “Untung Angeline ALLAH hadirkan imam yang baik manakala Abang Sabri pula dikurniakan makmum yang sentiasa patuh dan lembut hati.”

– “ALLAH, saya tengok pun menangis. Semoga doa-da beliau dikabulkan.”

– “Insan terpilih. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH. Moga mendapat umrah yang mabrur.”

Baca juga: ‘Abang Sabri ialah ustaz saya.’Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

Baca juga: Keluarga Ardini Angeline Tan terbuka anak peluk Islam, terima Sabri Yunus. ‘Hari pertama jumpa dah bawa balik jantung pisang’

Iklan

Baca juga: ‘ALLAH tidak pernah mengabaikan sesiapa pun’- Angeline Tan

Baca  juga: Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan berkahwin dengan Sabri pada 14 Oktober lalu.

Iklan

Memeluk Islam pada 26 September lalu, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mengakui suaminya itu adalah ‘ustaz’ yang banyak membimbing beliau ke jalan Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang