SELEPAS empat hari bersalin, pelakon Fasha Sandha dan suaminya yang juga aktor, Aidil Aziz berkongsi nama anak perempuan mereka.

Bukan itu sahaja, Fasha turut memaklumkan pengikut di akaun Instagramnya meningkat kepada 5 juta pada hari anaknya dilahirkan.

“Pengikut ibu naik ke 5 juta hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah.

“Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik-baik untuk ibu sejak dulu lagi.

“Nama saya Aisha Amira Mohd Aidil, yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya,” kongsi Fasha menerusi akaun Instagramnya.

Tidak hanya itu, Fasha turut mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum kehadiran Aisha dalam hidup mereka.

“Aisha adalah anak kelima ibu dan ayah tau, lagi dua anak dah dalam syurga Allah, ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha, tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa.

“Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga,” jelasnya yang turut menasihatkan wanita lain yang berhasrat untuk menjadi ibu agar tidak berputus asa.

Dalam pada itu, Fasha juga turut memaklumkan dia dan Aidil tidak mewujudkan Instagram khas buat anaknya itu.

“Aisha takde IG (Instagram) tau… Aisha terkejut ramai buatkan IG untuk Aisha. Ibu tak buat IG untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan.

Iklan

Jadi gambar #iburayfalrayshaaisha semua dalam IG ibu je tau…” katanya.

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Iklan

https://www.instagram.com/p/CDlUcyKFPk0/?utm_source=ig_web_copy_link