PENYANYI Aishah AF selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, dalam satu majlis ijabkabul yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun Aishah atau nama lengkapnya Siti Aishah Bujang, 30, hanya berkongsi detik istimewa itu selepas beberapa hari majlis berlangsung.

Biarpun tidak berkongsi butiran lanjut berkaitan majlis tersebut, Aishah telah memuat naik foto-foto hari pernikahannya itu di laman Instagram miliknya pada Isnin.

“Semua kita memang last minute punya persiapan. Dah hari ketiga jadi isteri, baru dapat nak update sikit-sikit. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,” ujar Aishah.

Dalam pada itu, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu berkongsi turut merakamkan ucapan terima kasihnya buat mereka yang mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

“Cerita dia, daripada rambut pendek sampai panjang semula. Dari PKP 1.0, sampai pkp 2.0. Dari tahun 2020, sampai 2021.

Iklan

“Dari sekali hingga keempat kali tukar, baru sah segalanya. Terima kasih yang mendoakan kami,” ucapnya.

Berita gembira itu itu turut disambut baik para peminat dan pengikutnya di Instagram yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Aishah dan suami.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Aishah AF)