PELAKON Aishah Azman mengakui sudah tampil berhijab sejak Jumaat lalu.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 25, perubahan itu dilakukan tanpa paksaan mana-mana pihak dan meluahkan rasa syukur di atas sokongan penuh daripada keluarga tersayang.

“Niat untuk bertudung ini sebenarnya dah lama terdetik dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.

“Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tetapi tak tutup aurat.

“Saya juga pegang kata-kata ini, kalau kita nak dekat ALLAH SWT, kita perlu korbankan banyak benda,” ujarnya seperti dilaporkan mStar.

Aishah pada Jumaat berkongsi fotonya dengan imej berhijab dan berharap semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Iklan

Bukan itu sahaja, Aishah juga turut memadam gambar-gambarnya yang belum berhijab sebelum ini.

Iklan

Perkongsian adik kepada pelakon Afiq Muiz itu menerima pujian dan mereka mengharapkan Aishah istiqamah dengan perubahannya itu.