Akad dalam bahasa Arab, Hana Ismail-Dai' Syed bersatu

HANA ISMAIL-DAI' SYED
HANA ISMAIL-DAI' SYED
A
A
A

SELEPAS dua bulan mengikat tali pertunangan, personaliti dan pengacara, Hana Ismail selamat bergelar isteri kepada pendakwah selebriti, Dai' Syed Iqmal dengan sekali lafaz pada jam 11.43 pagi tadi.

Menerusi majlis pernikahan pasangan yang diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Ampang itu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.

Hana atau nama penuhnya Nurulhana Ismail, 36, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Dalam majlis penyatuan hati tersebut, pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran kerana mereka telah berbuat demikian ketika melangsungkan pertunangan pada Oktober lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan rapat serta pihak media.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datin Seri Paduka Umie Aida, Sharifah Noorhasleenda dan Irma Hasmie.

Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di Shah Alam pada malam ini.

Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor pada Oktober lalu.

Perkenalan pasangan merpati dua sejoli itu berlaku dalam masa singkat apabila Umie Aida bertindak selaku 'orang tengah' selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca