PENYANYI Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Fatin Athira Mustapha.

Kedua-duanya disatukan dalam majlis ijab kabul di Tanjung Malim, Perak.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman sosial, Noh dan isteri sedang duduk di pelamin.

Berkongsi kapsyen pendek, Noh hanya menyatakan nama beliau dan suri hati serta tarikh pernikahan.

Kredit foto: Instagram @kupu-kupu

Baca juga: ‘Itu tunang saya, kami kahwin minggu depan.’ Ucapan sweet Noh Salleh buat Fatin Athira

Noh kelihatan elegan memakai baju Melayu dan sampin putih.

Manakala dan Fatin Athira pula menggayakan baju kurung moden dan tudung rona yang sama. Busana raja sehari serba putih berkenaan adalah rekaan Fidae.

Kredit foto: Instagram @kupu-kupu

Beberapa hari lalu, vokalis Hujan itu mengumumkan kepada peminat akan mendirikan rumah tangga namun tidak berkongsi tarikh hari bahagianya bakal berlangsung.

Baca juga: Noh Salleh, Fatin Athira bakal disatukan 23 September

Terdahulu, pasangan ini telahpun mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu di rumah keluarga Fatin Athira di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Iklan

Sebelum ini, Noh mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

Baca juga: Rebut anak, 6 bulan Noh Salleh jalani tempoh sukar selepas bercerai

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!