'Itu tunang saya, kami kahwin minggu depan.' Ucapan sweet Noh Salleh buat Fatin Athira

A
A
A

VOKALIS Hujan, Noh Salleh mengumumkan akan berkahwin ketika membuat ucapan buat tunang tersayang, Fatin Athira Mustapha.

Teka-teki para peminat akhirnya terlerai apabila penyanyi itu menunjukkan kehadiran Fatin Athira sebelum menyampaikan sebuah lagu berjudul Biar Seribu yang dianggap sebagai lagu simbolik ikatan percintaan mereka.

"Oh itu tunang saya, kami akan berkahwin next week (minggu hadapan).

"Lagu ini sesuai dengan doa sebagai pasangan kekasih yang hendak mendirikan masjid.

"Jadi, mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini doakan kami berkekalan sampai seribu tahun seperti lagu ini, aamiin," ujar Noh dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok @lencai99.

Baca juga: Noh Salleh, Fatin Athira bakal disatukan 23 September

Baca juga: Rebut anak, 6 bulan Noh Salleh jalani tempoh sukar selepas bercerai

 

Terdahulu, kad undangan perkahwinan digital pasangan ini pernah diterima media yang tertera; ‘Fatin Athira Mustapa & Mohammad Noh Salleh, 23 September 2023’.

Malah, Noh juga telah memuat naik sekeping gambar memaparkan busana pengantin berwarna putih rekaan Fidae.

Penyangkut pakaian berkenaan memaparkan nama Athira Mustapha dan Noh Salleh serta tarikh 23 September seperti mana dikatakan sebelum ini sebagai hari pernikahan mereka.

Pasangan ini telahpun melangsungkan pertunangan pada 7 Mei lalu di rumah keluarga Fatin Athira di Putra Heights, Subang Jaya.

Baca juga: Impian berbulan madu di resort mewah tepi pantai, ini 5 lokasi popular pilihan pengantin baharu

Baca juga:  'Nina ubah hidup saya'- Noh Salleh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca