SETELAH hampir lima tahun menduda, pelakon Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan penerbit dan pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin, pada Khamis.

Berita gembira tersebut dikongsi anak perempuannya, Maryam Rashika, menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik gambar bersama Rashidi, 50, pada hari yang cukup bermakna itu.

“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuannya mengenakan Doktor Martens di majlis kahwin ayahnya,” tulisnya dalam perkongsian di Instagram Story.

Tidak hanya itu, rakan-rakan terdekat bekas anggota kumpulan muzik Dead Mushroom itu juga turut berkongsi gambar dan ucapan sama di laman sosial masing-masing.

Antara yang menarik perhatian adalah perkongsian video daripada Saiful Zahairie Zainuddin di laman Facebook miliknya.

Video tersebut memaparkan suasana majlis penyatuan dua hati pasangan terbabit yang kelihatan manis dalam persalinan sedondon berwarna putih pada majlis yang dipercayai berlangsung di Negeri Sembilan.

“Semoga bahagia ke akhir hayat,” tulisnya.

Iklan

Rashidi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanida Imran pada 1 Oktober 2000, namun bercerai pada 9 Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

(FOTO: MARYAM RASHIKA, KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL & SAIFUL ZAHAIRIE ZAINUDDIN)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.