PENYANYI Shila Amzah, 32, sedang menuju hari bahagia dan mengesahkan akan disatukan dengan tunang dalam masa terdekat.

Mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dengan pempengaruh media sosial, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli , 25, Shila memberi bayangan akan melangsungkan pernikahan pada awal bulan Ogos.

Pun begitu, pemilik nama Nurshahila binti Amir Amzah berkata kepada portal media tempatan bahawa beliau masih tidak dapat memberikan tarikh sehingga bakal ibu tunangnya selesai menjalani rawatan radioterapi.

Baca juga: Shila Amzah, Ubai selamat bertunang

“Insya-ALLAH sangat dekat. Tarikh sudah ada. Semua persiapan sedang diuruskan dalam 70 peratus.

“Tapi saya tidak mahu terlalu teruja dengan perkahwinan itu sedangkan ibu Ubai sedang sakit.

“Selepas ibu Ubai keluar hospital baru saya umumkan tarikhnya. Ibu Ubai juga mahu berada di majlis perkahwinan kami,” tutur ibu kepada seorang cahaya itu.

Ibu Ubai, Rohani Jamal, 52, menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah melakukan pembedahan membuang organ berkenaan pada Januari lalu.

Baca juga: ;Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi’- titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu

Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata perkahwinan nanti akan berlangsung secara intim seperti majlis pertunangannya yang mana semua persiapan dilakukan oleh Shila sendiri.

Iklan

Pasangan ini difahamkan menjalinkan hubungan cinta sekitar lima bulan sebelum bertunang.

Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, sebelum bercerai pada Februari 2022.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Iklan

Baca juga: ‘Asalkan itu yang terbaik buat dirinya’. Komen Syada Amzah dengan pilihan kakak. Bakal ikut jejak Shila tak lama lagi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang