PENYANYI Akim Ahmad berkongsi berita gembira baru sahaja menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Stacy Anam selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Akim atau nama lengkapnya Afiq Hakim Ahmad, 31, turut memuat naik foto pertama cahaya mata keduanya itu.

“Segala pujian selayaknya untuk-MU ya ALLAH. Pada jam 10.19 pagi, 6 ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah, isteriku tercinta Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami.

“Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” tulisnya.

Berita tersebut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut teruja dengan menitipkan ucapan tahniah, selain kiriman doa buat pasangan popular ini.

Iklan

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Eshaal, 5, dan seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 10.

Iklan

(SUMBER & FOTO: INSTAGRAM AKIM)