Akshay Kumar dedah minum air kencing lembu setiap hari
PELAKON Bollywood, Akshay Kumar mengakui meminum air kencing lembu setiap hari bagi tujuan penjagaan kesihatan dalaman.
Walaupun pendedahan itu mengejutkan ramai peminatnya di luar India, namun amalan itu bukan sesuatu yang luar biasa, lebih-lebih lagi bagi pengikut tegar masyarakat Hindu di sana.
Mengikut segelintir rakyat India, mereka percaya bahawa amalan itu mempunyai manfaat terhadap kesihatan, termasuk melawan Covid-19.
Meskipun belum ada sebarang bukti saintifik komprehensif bagi menyokong perkara itu, tetapi beberapa ahli politik daripada parti Modi mengesyorkan penggunaan najis dan air kencing lembu untuk melawan koronavirus.
Malah kerajaan memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk berasaskan bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser.
"Saya lebih teruja berbanding bimbang. Saya ada menyimpan urin lembut untuk tujuan perubatan ayurveda setiap hari, jadi ia okey bagi saya," katanya menerusi sesi siaran langsung di media sosialnya Khamis lalu.
Menerusi siaran langsung terbabit, Akshay turut mendedahkan dia pernah meminum teh dari najis gajah ketika penggambaran rancangan pengembaraan Bear Grylls di hutan simpan di India.
Kebanyakan penganut Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan minum air kencingnya dengan mendakwa ia bermanfaat untuk kesihatan.
Kerajaan Moda juga menubuhkan kementerian untuk ayurveda and yoga, dengan Modi mencadangkan pada Jun bahawa yoga membantu memberi perlindungan terhadap Covid-19.
Setakat semalam, lebih 97,000 kes baharu dilaporkan dan 4.6 juta orang di India sudah dijangkiti Covid-19, melibatkan 76,000 kematian.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang