PELAKON Bollywood, Akshay Kumar mengakui meminum air kencing lembu setiap hari bagi tujuan penjagaan kesihatan dalaman.

Walaupun pendedahan itu mengejutkan ramai peminatnya di luar India, namun amalan itu bukan sesuatu yang luar biasa, lebih-lebih lagi bagi pengikut tegar masyarakat Hindu di sana.

Mengikut segelintir rakyat India, mereka percaya bahawa amalan itu mempunyai manfaat terhadap kesihatan, termasuk melawan Covid-19.

Meskipun belum ada sebarang bukti saintifik komprehensif bagi menyokong perkara itu, tetapi beberapa ahli politik daripada parti Modi mengesyorkan penggunaan najis dan air kencing lembu untuk melawan koronavirus.

Malah kerajaan memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk berasaskan bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser.

“Saya lebih teruja berbanding bimbang. Saya ada menyimpan urin lembut untuk tujuan perubatan ayurveda setiap hari, jadi ia okey bagi saya,” katanya menerusi sesi siaran langsung di media sosialnya Khamis lalu.

Iklan

Menerusi siaran langsung terbabit, Akshay turut mendedahkan dia pernah meminum teh dari najis gajah ketika penggambaran rancangan pengembaraan Bear Grylls di hutan simpan di India.

AKSHAY KUMAR-BEAR GRYLLS
Akshay Kumar membuat pendedahan eksklusif itu ketika rakaman program Into The Wild With Bear Grylls baru-baru ini.

Kebanyakan penganut Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan minum air kencingnya dengan mendakwa ia bermanfaat untuk kesihatan.

Iklan

Kerajaan Moda juga menubuhkan kementerian untuk ayurveda and yoga, dengan Modi mencadangkan pada Jun bahawa yoga membantu memberi perlindungan terhadap Covid-19.

Setakat semalam, lebih 97,000 kes baharu dilaporkan dan 4.6 juta orang di India sudah dijangkiti Covid-19, melibatkan 76,000 kematian.