Aksi Aafiyah cium perut Siti, cetus spekulasi ramai

A
A
A

AKSI Siti Aafiyah mencium perut ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ketika penyanyi itu sedang bersiaran langsung di akaun Instagramnya malam Khamis seolah mengiyakan spekulasi Siti kini hamil anak kedua.

Menerusi video pada minit 47 itu, Aafiyah, dua tahun dilihat teruja muncul pada sesi siaran langsung itu sebelum kedengaran dialog : "Aafiyah nak cium baby" dan kemudian beberapa kali cuba mencium perut ibunya.

Situasi itu turut mendapat perhatian ramai dan peminat juga turut mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga berterima kasih kepada Aafiyah yang memecahkan rahsia itu.

_kaleric : "Hahahaha aafiyah nk kiss baby"

thisismuja_8 : "Aafiyah kiss adik dia hehehe"

rizkimuhajar :"Siti seems pregnant, her face little bit different"

mz_dynnd : "Confirm sudah spekulasi ctdk hamil yg ke 2.. terima kasih afiyah bgthu..tahniah dato siti"

yatlee_ : "Kan betulll.. many thanks to Aafiyah"

Sebelum ini, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 61, itu sudah memaklumkan bersedia untuk hamil buat kali kedua lantaran usianya kini yang sudah mencecah 41 tahun.

Siti juga turut memaklumkan sudah beberapa kali mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

https://www.instagram.com/tv/CFhaaMnHJX6/?utm_source=ig_web_copy_link

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca