PELAKON bertubuh sasa, Zul Ariffin pada Isnin memuat naik videonya membuat ujian calitan atau swab test.

Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen video dan aksinya nampak ‘cemas’ semasa membuat swab test tersebut.

“Drama ‘Swab Test’ ni tak sure tayang bila, jenuh la kakak (pegawai perubatan) tu melayan… Inilah video yang ok pun, yang masuk mulut tu memang tak boleh upload, teruk sangat…” tulisnya ringkas.

Rakaman selama 20 saat itu memaparkan aksi Zul yang tampak berdebar serta menahan sakit ketika membuat swab. Rata-rata peminat dan rakan artis mengakui ketawa melihat video terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Malah ada peminat secara berseloroh mengatakan tidak sangka aktor berusia 35 tahun itu takut ketika membuat swab test biarpun bertuduh sado atau sasa.

@shahiskandarmahfuz : “Bibir tu nak ke mane tu bibir? Same siot macam reflex aku..”

Iklan

@quan_manse : “Tangan pegang stereng… Nasib kaki tak tekan minyak”

@ayangfj : “Sado sado pun belum tentu beranikan”

Iklan

@kaki_oden.hq : “Lesson: tak kiralah body figure korang (anda) macam mana.. Swab test tu memang buat korang semua seram sejuk.”

Difahamkan mana-mana artis yang akan kembali ke set penggambaran diwajibkan membuat swab test sebagai salah satu prosuder operasi standard (SOP).