Aksi Wawa Zainal kembali bekerja pada hari kelapan berpantang terima reaksi pelbagai

Untitled design (93)
Untitled design (93)
A
A
A

PERKONGSIAN pelakon dan usahawan, Wawa Zainal yang kembali bekerja selepas lapan hari bersalin menerima reaksi pelbagai daripada pengikut di media sosial.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin yang baharu sahaja melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki pada 30 November lalu berkongsi videonya memandu sendiri ke pejabat dan memakai kasut tumit tinggi.

“Hari kelapan pantang dan singgah pejabat sekejap periksa stock perfume (minyak wangi) yang baru mendarat di ibu pejabat,” katanya sebagai kapsyen dalam video yang dimuat naik.

Rata-rata pengikut Instagram Wawa meluahkan rasa kagum melihat isteri Aeril Zafrel itu sudah mampu kembali bekerja dan mendapatkan bentuk badan ideal dalam tempoh yang singkat.

Namun dalam masa sama, ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan wanita berusia 30 tahun itu dan berpendapat setiap wanita harus melalui tempoh berpantang sebaiknya.

“Bagus habiskan pantang sebab rahim belum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umur nanti. Sekadar nasihat sayang,” tulis seorang peminat.

Tidak kurang juga yang merasakan, tindakan Wawa dan seorang lagi usahawan wanita yang sudah kembali bekerja dalam tempoh berpantang cuba menormalisasikan budaya baharu.

Ia sekali gus mengurangkan peluang buat ramai wanita bekerja di luar sana yang memperjuangkan tempoh cuti bersalin yang lebih panjang.

“Mendapatkan cuti bersalin yang mencukupi dan berkualiti, supaya dapat menguruskan kesihatan diri dan lebih masa bersama anak.

“Budaya ini tidak sihat. Bayangkan ia jadi penanda aras buat majikan untuk push wanita lepas bersalin untuk masuk kerja cepat dan tak dapat berehat.

“Negara maju lain lebih meraikan cuti bersalin dan menyuruh wanita (malah bapa) untuk cuti menjaga anak, harap kita tidak kebelakang,”ujar individu terbabit.

Bagaimanapun Wawa menerusi ruangan komen dilihat tidak melatah dan turut mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagramnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca