“AKU manusia biasa yang serba kekurangan mengharapkan kekuatan kesabaran dan bimbingan dari yang ESA.”

Begitulah perkongsian pelakon, Betty Benafe menempuhi hari-hari bergelar ibu tunggal.

Katanya, dalam hari-hari kita melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak diselangi pula dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada.

“Aku reda ya Allah atas apa pun yang kau tentukan.

“Kau tahu apa yang terbaik untuk waris-waris syurga ku. Keluar daripada perkahwinan sehelai sepinggang tanpa menuntut apa apa nafkah mutaah dan lainnya.

“Yang aku harapkan kedamaian ketenangan hati dan fikiran agar aku boleh menerajui bahtera keluargaku dengan selamat dan dalam keredhaan Allah,” kongsinya di laman Facebook pagi tadi.

Selain itu, Betty turut mengingatkan kepada orang luar yang suka menghasut.

“Bagi yang di luar, penghasut atau yang suka memanaskan manusia lain untuk terus bermusuh, tu. Bila nak berhenti?

“Tak akan faham perjalanan hidup orang lain hari-hari.

“Hidup dengan anak-anak yang di bawah umur 6 tahun, dua dua bersekolah, bekerja sendiri sepenuh masa, lagi lagi dalam waktu pendamik wabak corona, anak sakit, hospital, tuition, hidup sendirian di ibu kota besar, jauh daripada keluarga, Aku doakan agar mereka di luar sana
terus mendapat taufik serta hidayahnya yang maha Esa. Amin ya Rab,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Izwan Azir kini bergelar penyampai di Kool FM

Iklan

Betty turut mengakui tidak mengeluh malah bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan dia manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus.

Iklan

“Alhamdulillah. Aku maafkan kamu yang merasa panas melihat aku yang terus ingin maju.

“Aku bersyukur pada Allah dikelilingi keluarga adik beradik dan sahabat sahabat yang baik hati serta yang mendapat rahmat Mu ya Rab.

“Aku yang sekarang bukan yang dulu. Manusia berubah. Insyaallah. Moga iman kita dipelihara oleh Allah. Amin,” ujarnya.

Betty Benafe dan Bruce Dargus mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus namun sah becerai pada 10 Julai 2019 lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.