Akui bakal berkahwin lagi, Nora Ariffin nafi gosip dengan ahli politik

Datuk Nora Ariffin
Datuk Nora Ariffin
A
A
A

TIDAK mahu terus dibelenggu dengan gosip mengaitkan dirinya dengan seorang ahli politik yang juga merupakan seorang Menteri, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui sudah dilamar seseorang.

Menerusi perkongsiannya bersama portal berita Astro Awani, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, berkata, lamaran yang diterimanya itu bukanlah daripada ahli politik terbabit, sebaliknya daripada seseorang yang bukan dalam kalangan personaliti terkenal.

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-ALLAH jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” ujarnya sebagaimana dilaporkan.

Penjelasan tersebut sekali gus menyangkal dakwaan kononnya penyanyi Renungan Terakhir itu telah pun berkahwin secara rahsia dengan ahli politik terbabit di Selatan Thailand sebagaimana tular di media sosial beberapa hari ini.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri tidak bernikah. Saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya. Namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” katanya yang mengakui hasrat tersebut mendapat sokongan penuh daripada anak-anak dan bekas keluarga mertuanya.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat anak.

Johan, 52, meninggal dunia pada 24 Mac 2017, akibat serangan jantung. Manakala anak kedua pasangan itu, Muhamad Syakir Aliff pula kembali kerahmatullah pada 13 Disember 2019, ketika berusia 20 tahun.

 

(FOTO: Instagram Datuk Nora Ariffin)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca