TAHNIAH diucapkan buat pelakon Hafidz Roshdi yang selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Athira Yuhada dalam satu majlis pada Jumaat malam.

Menerusi hantaran di Instagram, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi segak berbaju Melayu putih tenang ketika upacara ijab kabul yang disempurnakan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Athira di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam.

“Alhamdulillah 🤍💎 #HafidzAthira,” tititpnya.

Dengan hanya sekali lafaz, aktor berusia 29 tahun itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.

Beberapa hari lalu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi perhatian warga maya selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama mereka tular di laman sosial.

Menerusi butiran kad berkenaan, majlis resepsi pasangan itu dipercayai bakal berlangsung di sebuah dewan acara di Shah Alam pada sebelah malam.

Hafidz terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 namun sah berpisah pada 27 Julai selepas Shuhada memfailkan perceraian pada 1 Mac lalu.

Iklan

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang berusia 3 tahun.

Iklan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!