MENJELANG penghujung tahun, kebanyakan tadika mengadakan majlis graduasi. Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak ketinggalan menghadiri acara berkenaan untuk menyaksikan persembahan dan graduasi putera puterinya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak-anaknya apabila berkongsi beberapa foto dan video sekitar majlis berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah memaklumkan baru sahaja tiba dari Jakarta sebelum bergegas ke majlis tersebut.

“Dari Jakarta, baru touchdown terus pergi graduation abang dan adik. Penat tetapi demi anak-anak,” katanya.

Baca juga: ‘Lepaskan hal yang telah menyakiti, dalam kesabaran ada hal indah menantimu.’ – Puteri Sarah

Menerusi hantaran di Insta Story, beliau berkongsi video Syaikhul Islam mengimamkan solat berjemaah.

“Allahuakbar, Syaikhul Islam jadi imam untuk kawan-kawan dia yang lain. I am so proud of you abang,” titipnya pada video berkenaan.

Tidak hanya itu, Puteri Sarah turut menitipkan ucapan buat Syaikhul Islam dan Sumayyah yang telah melakukan yang terbaik pada sesi persekolahan tahun ini.

“Well done Syaikhul Islam and Sumayyah!!,” kongsinya.

Baca juga: Syamsul, Puteri Sarah saling mendoakan untuk kehidupan baharu masing-masing

Warga maya mengucapkan tahniah anak-anak Puteri Sarah dan mendoakan agar terus cemerlang pada masa hadapan.

– “Well doneee Abang and Nayyah. Welcome to primary school next year abang. May your potential be fully explored and the road ahead be filled with success and joy.”

Iklan

– “Masya-ALLAH kedua-duanya, moga menjadi anak soleh dan solehah, aamiin.”

– “Alhamdulillah Syakhul dan Sumayah anak pintar. Jaga mama ya nak. Sayang selalu.”

– “Insya-ALLAH, semoga menjadi anak yang bijak, beriman, berakhlak mulia dengan penuh kasih sayang, aamiin.”

Syaikhul dan Sumayah adalah anak-anak hasil perkahwinan Puteri Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof.

Iklan

Mereka berkahwin pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada Jun 2023 selepas sembilan tahun berumah tangga.

Baca juga: Akhirnya… Syamsul Yusof, Puteri Sarah sah bercerai talak satu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!