PELAKON, Aliff Aziz akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar beliau ditangkap khalwat dengan pelakon jelita, Ruhainies baru-baru ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Aliff bercerita panjang lebar mengenai kejadian itu dan menjelaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini untuk mengelakkan salah faham pihak lain.

Katanya, pada malam kejadian, beliau dan Ruhainies baru sahaja habis menjalani penggambaran.

Ketika ingin pulang, Ruhainies memberitahu Aliff bahawa keluarganya akan mengadakan makan-makan dan merasakan tiada masalah untuk Aliff ikut serta kerana ramai individu yang terlibat.

Baca juga: Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa, Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

Baca juga: ‘Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.’ Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

“Ruhainies ada maklumkan ada merancang untuk makan-makan di rumah. Jadi memandangkan ada adik-beradik yang lain, tiada masalah untuk saya ikut serta.

“Saya juga kenal dan berkawan dengan kakaknya, Risteena dan sudah lama tidak berjumpa. Jadi saya rasa ia peluang untuk berjumpa dan adik-beradiknya yang lain untuk makan malam,” katanya.

Suami kepada Bella Astillah itu mengakui membantu Ruhainies mengangkat barangan milik aktres itu ke rumahnya.

“Semasa sampai di kondominium, saya tolong bawa barang shooting miliknya ke atas sementara menunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan.

“Cara yang betul ialah sepatutnya kami tunggu di lobi.

“Tapi sebab tak terfikir ia akan membawa ke situasi yang tak dijangka, saya naik ke rumahnya,.

“Waktu itu kami sedang menunggu Risteena untuk sampai. Tiba-tiba pintu rumah diketuk,” kata Aliff.

Menurutnya pintu rumah diketuk dan Ruhainies menyangka kakaknya sudah sampai namun yang kedengaran adalah suara lelaki.

Dakwanya, Ruhainies yang bimbang tentang keselamatan Ruhainies terus menghubungi kakaknya dan diminta untuk tidak membuka pintu dahulu.

“Ruhainies menyangka kakaknya sudah sampai tetapi terdengar suara lelaki berbual di luar pintu.

“Kerana risau atas faktor keselamatan, dia kemudian menghubungi kakaknya dan bertanya sama ada sudah sampai.

“Saya hanya berada di dalam rumah iaitu di ruang tamu. Apabila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan,” kongsi Aliff.

Kata Aliff, ketika Risteena sampai di hadapan kediaman Ruhainies, rakannya itu mendapati ada penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

“Bahkan, ketika adik-beradiknya sampai, ramai orang di luar.

“Ruhainies meminta kakaknya dengan pihak penguatkuasa bahawa pintu hanya akan dibuka sekiranya ada penguat kuasa dan polis sahaja,” kata kenyataan itu.

Pun begitu, aktor kelahiran Singapura itu memuji sikap pihak berkuasa yang profesional dalam menjalankan tugas.

“Kami hadir ke JAWI dan memberikan kenyataan mengikut prosedur yang ditetapkan.

ALIFF AZIZ

Iklan

“Selepas memberi keterangan, kami pulang ke rumah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Aliff juga mengakui kesalahannya dan memohon maaf.

“Kenyataan ini adalah untuk sesiapa yamg ingin mendengar.

“Bagaimanapun, yang salah tetap salah. Saya bukan mahu menegakkan benang yang basah tetapi ingin memohon maaf atas kekhilafan.

“Namun, ingin saya menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku antara kami,” katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai iktibar.

“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan dijadikan sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati pada masa mendatang.

 

“Disebabkan kekhilafan ini, akibatnya bukan sahaja menjejaskan reputasi saya tetapi juga keluarga.

Iklan

“Sekali lagi saya memohon maaf,” titip Aliff.

Aliff, 33, dan Bella Astillah, 29, mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Pasangan itu pernah berpisah pada 16 Mei 2019 dan rujuk kembali ketika dalam tempoh iddah.

Baru-baru ini Bella memfailkan penceraian secara ekspres dan telah menghadiri prosiding sebutan pertama penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun, ketika itu Aliff tidak hadir dan sebutan semula kes berkenaan ialah pada 4 April depan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!