Aliff Syukri serah pada peguam, sedia tunggu saman daripada Wani Comel

Aliff Syukri - SinarPlus
Aliff Syukri - SinarPlus
A
A
A

USAHAWAN dan pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukrif tampil menafikan dakwaan yang dibuat seorang gadis obesiti, Wani Comel pada Sabtu lalu berhubung kontrak yang dikatakan menganiayai dirinya.

Dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya hari ini, Aliff berkata, dakwaan yang dibuat oleh gadis terbabit tidak benar dan tidak termaktub dalam kontrak yang telah ditandatangani oleh kedua belah pihak.

Menurutnya lagi, pemberian wang sebanyak RM3,000 sebulan yang dikatakan oleh Wani itu sebenarnya adalah bergantung pada belas ihsan pihaknya.

“Kalau tengok balik perjanjian yang ditandatangani, apakah saya ada kata nak bagi rumah atau nak bantu keluarganya? Saya hanya kata nak bantu dia berjalan.

“Kalau rasa saya tak tunaikan janji, mudah saja, saman. Saya memang tunggu saman daripada Wani dan tunjukkan bukti yang saya menganiayai mereka.

“Saya minta maaf, benda ini merupakan permintaan di luar jangkauan. Saya malas nak cakap lebih-lebih. Tapi bagi saya, tindakan meminta itu tak manis.

“Kalau betul saya tak bagi, tunjukkan bukti surat peguam yang anda dah terima dan dah sain.

“Jangan main cakap saja sebab semua orang pun boleh cakap. Jadi kena tunjuk bukti,” ujarnya.

Apa pun, kata Aliff lagi, dia tidak mahu lagu mengulas panjang berkenaan perkara tersebut, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk menguruskan.

“Biar peguam uruskan dan hakim tentukan siapa betul atau salah. Lebih baik saya senyap sahaja.

“Apa pun, saya memang bersedia 200% jika pihak Wani mengemukakan saman pada saya.

“Bagi saya mudah saja, kalau tak puas hati boleh jumpa atau terus saman saya. Tak perlu nak tularkan di media sosial dan sebagainya.

“Secara jelas saya bagitahu, apa sahaja pemberian saya itu dengan jumlah sekian-sekian itu adalah bergantung kepada belas ehsan saya serta budi bicara dan bukan dalam perjanjian,” tegasnya.

Dalam masa sama, Aliff juga menafikan apa yang berlaku itu sebagai gimik untuk mempromosikan produk pelangsingan badan keluaran syarikatnya sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

“Masyarakat sering nak cari kesasahan saya, tapi akhirnya nanti masyarakat sendiri akan buka mata siapa yang betul dan siapa salah.

“Saya ingin meminta kemaaafan pada semua. Ini bukan gimik tapi ini adalah betul berlaku.

“Ia bukan gimik yang bagus tetapi gimik murahan yang menjatuhkan reputasi saya. Saya dah rugi berjuta ringgit.

“Saya akan ambil tindakan. Bukan pada seorang, tetapi lebih pada tujuh orang yang terlibat dalam perkara ini dan saya tahu siapa mereka,” tegasnya yang tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba menjatuhkan diri dan perniagaannya.

Terdahulu sebelum itu, pada minggu lalu, seorang gadis yang mengalami masalah obesiti iaitu Wani Comel membuat dakwaan telah dianiayai seorang usahawan kosmetik dan membuat tuntutan kepada usahawan tersebut supaya memenuhi apa dijanjikan dalam dalam kontrak membabitkan mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca