PENYANYI yang juga vokalis Sofazr, Ameer berkongsi berita gembira kini bergelar bapa apabila isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, Selasa lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin, 34, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu yang bakal menjadi pelengkap rumah tangganya bersama isteri selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah syukur, isteri saya sudah selamat melahirkan puteri sulong kami, pada jam 7.40 malam, 27 Oktober lalu.

“Terima kasih pada seluruh keluarga, saudara, sahabat, kawan-kawan, peminat-peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan isteri dan anak kami.

“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA. Amin,” ujarnya.

Ameer dalam perkongsian sama turut berjanji akan menjaga amanah yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.

Iklan

“Insya-ALLAH dengan rezeki dan amanah yang diberikan oleh-NYA, akan saya jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua,” ucapnya.

Ameer dan isteri, Saidatul Nazriah diijabkabulkan pada 17 Januari 2015, di Klang, Selangor.

Iklan

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Ameer Sofazr)