Amyra Rosli dinobatkan Pengacara TV Paling Dipercayai

AMYRA ROSLI
AMYRA ROSLI
A
A
A

BARU setahun jagung menceburkan diri dalam bidang pengacaraan, pengacara Nona TV3, Amyra Rosli telah dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai di malam Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 (Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards).

Kepetahan Amyra berbicara sejak menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Nona sejak 8 Ogos 2021 dengan gaya bersahaja telah membuat ramai penonton tertunggu-tunggu kemunculannya setiap minggu.

Program Nona yang disiarkan pada setiap Ahad, jam 2 petang itu telah berjaya menambat hati hampir 1 juta penonton setiap minggu.

Kemenangan yang diraih ini ibarat mimpi menjadi kenyataan bagi ibu kepada Aqeef Anaki dan Ayra Aryssa.

“Program Nona dilihat sebagai penggerak langkah untuk diri saya menimba pengalaman dalam dunia pengacaraan.

"Pada masa yang sama, program ini juga memberi semangat kepada seluruh wanita yang berada di luar sana kerana program ini menceritakan luahan dan perkongsian kisah realiti serta inspirasi dan kehebatan golongan kaum wanita.

"Saya berharap program Nona ini dapat memberi manfaat kepada penonton Nona”, ujar Amyra.

Pengalaman selama 13 tahun berada di hadapan kamera banyak membantu Amyra untuk mengacarakan program Nona dengan identitinya tersendiri seiring dengan aura personaliti program sebelum ini.

Antaranya, Puan Sri Normala Samsudin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Datin Fouziah Gous, Mira Filzah, Uyaina Arshad dan Neelofa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca