Anak, bekas isteri kenal & restu, Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin

PELAKON, pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.

Menurut Afdlin, dia lebih selesa untuk tidak terlalu memfokuskan hal peribadinya.

Dia bersyukur kerana telah pun berumah tangga dan dalam keadaan yang bahagia dan berasa sangat tenang.

“Anak beranak saya, bekas isteri saling kenal mengenali dan merestui. Kami pun dalam keadaan yang sangat gembira.

“Alhamdulillah ALLAH mempermudahkan segala urusan. Itu yang saya mahukan pun, benda ini benda sangat personal bagi saya. Masa saya dengan bekas isteri pun anda semua jarang dapat bertemu dengan dia.

“Sebab memang cara saya adalah yang personal kita biarkan personal. Yang penting bagi saya adalah kerja,” ujarnya.

Baca juga Perkahwinan Afdlin Shauki, isteri sudah tiga bulan berakhir

AFDLIN-CHRISTINA

 

Katanya lagi, dirinya tidak mahu perkara itu menjadi fokus sebab dia orangnya memang begitu. Perkara peribadi biarlah dia yang hadapi dan galas.

Pun begitu, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan, Afdlin berkata setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan kehidupan peribadi mereka.

Iklan

“Kita semua berbeza-beza dan ada cara untuk kita tangani dugaan serta cabaran hidup. Alhamdulillah saya punya dah selesai.

“Saya tengok orang lain punya perkahwinan atau penceraian semua tersebar luas. Biarlah itu cara mereka,” dedahnya menerusi satu temu bual dalam sebuah program baru-baru ini.

Terdahulu, Afdlin dan bekas isterinya iaitu Maria Christina Orow Abdullah bercerai pada April tahun lalu.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Iklan

Sumber: Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!