‘Bunyi macam anak orang Arab, Masya-ALLAH!’ – Bilal lancar baca surah pendek pada usia kecil, Neelofa kongsi rahsia didikan awal

No Image Caption
A
A
A

USIA masih kecil, namun minat terhadap al-Quran yang ditunjukkan Muhammad Bilal membuatkan ramai tersentuh melihat perkembangannya.

Anak sulung pasangan selebriti dan usahawan, Nur Neelofa dan Haris Ismail itu mencuri perhatian menerusi perkongsian terbaharu ibunya di Instagram.

Dalam video berkenaan, Bilal dilihat memperdengarkan hafazan surah al-'Adiyat dalam sesi tasmi' bersama bapanya. Bacaan yang jelas dan lancar itu mengundang pujian warganet, apatah lagi melihat usianya yang masih muda.

Neelofa menerusi perkongsian tersebut turut berkongsi bagaimana pendedahan awal terhadap al-Quran dan doa harian menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran Bilal sejak kecil.

“Boleh bayangkan tak macam mana rasa bila kita tengok anak kita umur setahun lebih, dua tahun, dah boleh baca surah-surah pendek? Boleh kita baca al-Quran? Ya!

“Sekarang kita mula dengan surah pertama, okey?” katanya.

No Image Caption

Menurut Neelofa lagi, Bilal sudah didedahkan dengan surah-surah pendek dan doa harian sejak kecil.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Neelofa turut menjelaskan bahawa Bilal sudah biasa menggunakan buku pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mommy Hana sejak kecil.

“Tasmi’ time with Bilal@mommyhanaofficial.

“Bilal dengan buku Mommy Hana ni memang dari kecil lagi. Banyak sangat manfaat My First Book ni dalam perjalanan dia belajar, dari doa, surah, huruf sampai sekarang dah boleh tasmi’ sama-sama.

“Little by little, istiqamah. Semoga apa yang dipelajari hari ini melekat di hati sampai besar,” tulisnya di kapsyen.

Dalam perkongsian itu, anak kelahiran Kelantan itu turut berkongsi bahawa pendedahan awal antara perkara yang membantunya memperkenalkan anak lelakinya kepada al-Quran.

Katanya, dia mahu pengalaman tersebut turut dirasai ibu bapa lain dalam usaha mendidik anak-anak mengenali al-Quran sejak usia muda.

Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati warganet yang rata-rata kagum melihat kebolehan Bilal membaca dan menghafaz surah pendek pada usia yang masih kecil.

Malah, sebahagian mereka turut memuji sebutan dan makhraj Bilal ketika memperdengarkan bacaan al-Quran.

No Image Caption

“Bunyi macam anak orang Arab, Masya-ALLAH! Moga dalam jagaan-NYA sentiasa! Amin.”

“Masya-ALLAH. Bilal anak soleh!”

“Masya-ALLAH, Bilal bunyi makhraj dia.”

“Masya-ALLAH, alhamdulillah hebat anak-anak kita ni. Kena latih dari awal.”

Ada juga yang melihat perkongsian Neelofa itu sebagai contoh bahawa pendedahan kepada ilmu agama boleh dimulakan sejak anak masih kecil.

“Masya-ALLAH. Di usia sekecil ini, tapi makhraj dan hukum tajwid Bilal hampir tepat dan betul dia baca. Hebat didikan ibu bapanya.”

“Subhanallah, Masya-ALLAH... taranum dan tajwidnya, dah bunyi macam Arab dah.”

No Image Caption

Bagi Neelofa, perjalanan mendidik anak bukan sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan pendedahan dan istiqamah sejak awal.

Perkongsian itu secara tidak langsung memperlihatkan sisi lain kehidupan keluarga Neelofa dan Haris dalam membentuk perjalanan pembelajaran anak-anak mereka, khususnya Bilal, agar al-Quran dekat di hati sejak kecil.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang