SEBAK dan sayu, pelawak Shuib berkongsi momen bermakna apabila anak keduanya, Dzakira Talita Zahra kini sudah ‘melangkah ke alam dewasa.’

Shuib menitiskan air mata menceritakan anak kedua hasil perkahwinannya dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissudin itu mengalami haid pertama beberapa hari lalu.

“Cerita hari ini 21 March 2024, sebelum berbuka tadi. Satunya anak perempuan Daddy sudah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara,” titip Shuib.

Dalam hantaran sama, Shuib dilihat memeluk Talita dan menitiskan air mata sambil menuturkan pesanan agar menjaga diri.

Baca juga: ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut’ – Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

Baca juga: Tak sedar datang haid, nampak darah lepas berbuka, perlukah puasa diganti? Ini penjelasan agamawan

“Hari ini akan kami kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah dan wanita hebat dunia serta akhirat.

“Aku sahajakah bapa yang sedih apabila anak perempuannya melangkah alam dewasa? Atau kalian pun sama akan menangis?” kongsi Shuib.

Warga maya turut meluahkan rasa terharu susulan perkongsian itu.

Rata-rata teringatkan Allahyarham Siti Sarah dan mengakui keputusan penyampai radio itu berkahwin kali kedua dengan Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah atau Watie adalah tepat. Ujar mereka:

– “Biasanya momen begini emak yang akan ajar everything and jadi penenang buat anak. Alhamdulillah Talita ada mommy, sure enough mommy pun akan tolong.”

– “Dia perlukan sosok tubuh seorang ibu untuk melalui saat-saat ini. Shuib buat keputusan yang betul dengan berkahwin. Sekurang-kurangnya anak dara ada kawan untuk berkongsi dan guide hal perempuan.”

– “Look at the positive side guys. A moment they missed, the mother and wifey. He is such a responsible father to the children.”

– “Alhamdulillah, saat melalui saat jadi ‘dewasa’, Talita ada ibu yang akan bimbing handle A to Z saat ni.”

Baca juga: Auranya sampai ke Makkah, solat jenazah ghaib di Masjidil Haram, pemergian Siti Sarah dicemburui

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos 2021 selepas 65 jam bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan selama sedekad, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 3.

Shuib berkahwin buat kali kedua dengan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, pada 23 Jun 2023.

Iklan

Baca juga: ‘Terima kasih pilih saya jadi mummy awak’. Ucapan Watie sempena hari lahir anak Shuib buat ramai terharu

INFO

1-Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa berumur lapan hingga16 tahun

2-Purata umur kanak-kanak perempuan mengalami haid adalah pada umur 12 tahun.

3-Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan telah matang hasil daripada tindak balas hormon yang berinteraksi dengan tubuh badan.

4-Ada masanya masalah mungkin akan timbul berkaitan haid ialah sindrom prahaid (PMS), senggugut, haid yang terlalu banyak, tidak datang haid atau haid tidak teratur.

5-Setiap wanita digalakkan menyimpan catatan kitaran haid termasuk tempoh masa dan keadaan tertentu yang mungkin berlaku seperti senggugut.

Iklan

6-Peranan ibu sangat penting untuk menerangkan langkah penjagaan diri semasa haid seperti kebersihan diri, pengendalian tuala wanita, gejala PMS dan sebagainya.

Baca juga: Sakit payudara ketika haid anda mungkin mempunyai kanser, ini 7 tanda setiap wanita wajib ambil tahu!

Sumber: Instagran Shuib, KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!