ANAK kepada pelawak Shuib, Dzakira Talita Zahra menjadi perhatian warga maya selepas tampil manis bertudung.

Berkongsi momen bermakna bagi seorang bapa, Shuib menerusi Insta Story memuji penampilan Talita.

“Talita, daddy bangga la tengok awak. Cantiknya,” luah Shuib terharu.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Shuib yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga memperlihatkan Talita memakai jubah berwarna maroon yang dipadankan dengan tudung rona kelabu.

Baca juga: ‘Terima kasih pilih saya jadi mummy awak’. Ucapan Watie sempena hari lahir anak Shuib buat ramai terharu

Baca juga: Anak kedua Shuib & Siti Sarah melangkah ke alam dewasa, warganet luah sebak. ‘Dia perlukan sosok seorang ibu, keputusan berkahwin tepat’

Berusia 11 tahun, penampilan anak kedua Shuib dan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissudin itu menerima pujian para pengikut Instagram ibu tirinya, Watie Hanifiah. Ujar mereka:

– “Alhamdulilah cantiknya. Dekta sudah pakai tudung, semoga kekal istiqamah.”

– “Masya-ALLAH, Talita so ayu and. Sweet sangat, moga menjadi seperti Sayidatina Fatimah Azzahra.”

– “Manisnya dektaa

– “Comelnya Dekta, so cute. Semoga istiqamah.”

Baru-baru ini, Shuib berkongsi Talita atau lebih dikenali sebagai Dekta ‘melangkah ke alam dewasa’ selepas haid kali pertama.

Shuib memiliki empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 3, hasil perkahwinan Allahyarham Siti Sarah.

Beliau berkahwin buat kali kedua dengan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, pada 23 Jun 2023.

Baca juga: Tak sedar datang haid, nampak darah lepas berbuka, perlukah puasa diganti? Ini penjelasan agamawan

8 PERKARA PERLU BUAT ANAK HAID KALI PERTAMA

Iklan

1. Selepas akil baligh, segala kewajipan terletak pada dirinya seperti ibadat, menjaga aurat, berpuasa dan sebagainya.

2. Dosa dan pahala akan mula ditanggung sendiri. Cuma istimewanya bagi anak perempuan, dosanya terkait dengan bapa. Jika anak melakukan dosa dan ayah membiarkan, bapanya juga berdosa.

3. Menjaga batas pergaulan terutama dengan kawan-kawan lelaki mahupun perempuan. Manakala bagi saudara-mara perlu diterangkan batas mahram. Contohnya sepupu lelaki dewasa atau pakcik yang bukan mahram tidak boleh bersalaman atau bersentuhan.

4. Batas aurat sangat penting. Perkenalkan pemakaian tudung, stoking tangan dan stoking untuk membantu wanita memastikan aurat terjaga.

5. Beritahu anak bahawa sifat malu perlu ada untuk mengelak daripada melakukan dosa. Malah malu juga sebahagian daripada iman.

6. Ajarkan ilmu kebersihan dan pengurusan diri berkaitan haid seperti cara menguruskan tuala wanita, bersuci dan sebagainya. Para ibu perlu menunjukkan langkah demi langkah cara yang betul.

Iklan

7. Simpan catatan tarikh haid dan kiraan kitarannya untuk memastikan soal ibadat terjaga.

8. Ajarkan tentang mandi wajib langkah demi langkah iaitu daripada niat hingga selesai meratakan air pada seluruh badan.

Sumber: Instagram, Firdaus Mokhtar, JAKIM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!