Anak sulung selamat nikah, Fauzi Nawawi dan Lisdawati terima menantu

Lisdawati & Fauzi Nawawi
Lisdawati & Fauzi Nawawi
A
A
A

PELAKON Fauzi Nawawi, 47, selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Nurul Hainil Fatihah, 25, melangsungkan perkahwinan, pada Sabtu.

Isteri Fauzi yang juga pelakon Lisdawati berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis berkenaan yang menurutnya berlangsung dalam suasana yang serba sederhana di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Malah Lisdawati berkata, majlis tersebut hanya diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

“Meraikan cinta anak pertama kami yang serba sederhana. Akan kami update lagi gambar-gambar sekitar majlis perkahwian ini.

“Maaf atas segala kekurangan daripada kami sekeluarga. Maaf juga tidak dapat menjemput semua kenalan.

“Hanya meraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat,” kongsinya di laman Instagram hari ini.

Nurul Hainil Fatihah merupakan anak sulung Fauzi daripada perkahwinan terdahulu, selain Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

Sementara menerusi perkongsian hidup bersama Lisdawati, Fauzi juga dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Lisdawati)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca