Andai Ini Ramadan Terakhir, tema Ramadan TV AlHijrah tahun ini        

A
A
A

SEMPENA meraikan bulan Ramadan dan Syawal yang mulia pada tahun ini, saluran TV AlHijrah tidak ketinggalan untuk menyiarkan pelbagai program menarik kepada penonton.

Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, mereka memilih untuk mengajak para penonton menghayati Ramadan dan Syawal tahun ini dengan mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal terakhir sepanjang tempoh dua bulan mendatang.

“TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program menarik bagi memenuhi ruang rohani penonton Ramadan dan Syawal akan datang.

“Kesemua program ini telah disusun rapi dan teliti agar objektif untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memberi pengajaran dapat dicapai sepenuhnya,” jelasnya.

Hussamuddin berkata, kempen Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai ini Syawal Terakhir didokong tiga inisiatif utama stesen.

Ujarnya, inisiatif pertama adalah penerbitan dan penyiaran 24 rancangan baharu dan istimewa genre dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi, masakan, kerohanian serta filem.

Hussamuddin (dua dari kiri) menyaksikan Zulkifli mengambil bubur lambuk sebagai simbolik pelancaran Skuad Bubur Lambuk TV Alhijrah.

Antara program yang akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini adalah Haflah (setiap Khamis dan Jumaat, jam 10 malam), Omar & Hana (Isnin hingga Sabtu, jam 11.30 pagi), Ihya Ramadan (Isnin hingga Ahad, jam 7), E-Kaunter Netizen (Ahad, 7.30 malam), Hijrah Berselawat (Sabtu, 10 malam) dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, bagi inisiatif kedua pula adalah inisiatif platform digital TV AlHijrah dan ketiga merupakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) iaitu Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah.

“Saya menyeru agar semua yang hadir pada hari ini untuk sama-sama menyampaikan pesanan pada kaum keluarga dan sahabat handai agar terus menonton program Ramadan dan Syawal 1442H TV AlHijrah,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca