PENYANYI Andi Bernadee kini dalam keadaan stabil, meskipun masih belum sihat sepenuhnya selepas mendedahkan dirinya menjadi mangsa sihir beberapa hari lalu.

Pihak pengurusannya menegaskan, apa yang berlaku kepada Andi atau nama penuhnya Andi Azrul Andi Mapangile, 30, bukan satu gimik, sebaliknya benar-benar berlaku.

“Setelah Andi memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya telah dianiaya, ramai pihak yang tertanya-tanya tentang keadaan Andi sekarang.

“Banyak juga spekulasi yang menyatakan ini adalah gimik daripada Andi.

“Kami bagi ingin menyatakan bahawa perkara tersebut bukan gimik dan Andi sekarang dalam keadaan tidak sihat, namun masih dalam keadaan yang terkawal.

Dalam pada itu, pihak Warner Music Malaysia juga mengharapkan pelantun lagu Donde itu segera pulih seperti sediakala.

Iklan

Terdahulu Andi menerusi laman Instagramnya mendedahkan menjadi mangsa sihir apabila mengalami pelbagai kejadian pelik.

Selepas berubat, penyanyi itu memuntahkan paku berkarat yang ditarik daripada tekaknya, selain menemui bangkai katak di bumbung rumahnya selepas berubat.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Andi Bernadee)