PELAWAK dan juga penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak menyambut kelahiran cahaya mata perempuan keduanya bersama isteri, Amira Asyura Abd Razak.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 42, berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya, semalam.

“Alhamdulillah, syukur bidadari saya (isteri) selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapanya.

“Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya.

Iklan

Angah mendirikan rumah tangga bersama Amira pada 19 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah yang kini berusia dua tahun.

Iklan
Angah bersama isteri (kiri) dan anak-anaknya.

Selain itu, Angah juga memiliki seorang anak perempuan Nurina Fasya, 17, hasil daripada perkahwinan terdahulu.