SEKIAN lama tidak muncul di kaca televisyen bersama dengan Senario bukan bermakna pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet tidak aktif atau keluar daripada kumpulan legenda tersebut.

Lan atau Mazlan Ahmad, 55 menjelaskan, kekangan dari segi masa kerana sibuk dengan urusan perniagaan.

“Saya tidak berpisah dengan Senario cuma untuk ‘showcase’ Wonderful Night with Senariounion di Johor Bahru hujung tahun lepas, masa tidak mengizinkan untuk saya turut serta.

“Sewaktu dapat perkhabaran sahabat, Hamdan Ramli (meninggal dunia), saya berada di Ipoh. Kemudian, bergerak pulang ke Kuala Lumpur untuk selesaikan hal anak-anak terlebih dahulu.

“Saya kemudian dimaklumkan Allahyarham dikebumikan di Tambun, justeru bertolak semula ke Perak. Perasaan pada masa itu ALLAH saja yang tahu,” katanya.

Baca juga: Suami okay saya berkedut, tegur bab pakaian. Che Ta enggan buat rawatan kosmetik, lebih pentingkan kesihatan diri

Baca juga:Bagusnya, kecil-kecil dah diajar buat kerja di dapur, Zain Saidin ajar anak perempuan siang ikan raih pujian

KEMBALI BERSAMA

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan filem Senario The Legend, Lan berkata, mereka akan bertemu dengan Penerbit dan pengarah filem, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dalam masa terdekat untuk berbincang lebih lanjut.

“Saya ahli kumpulan yang pertama yang mendapat tawaran daripada Ahmad Idham, selaku pengarah filem itu.

“Malah, beliau juga dah suruh kami war-warkan filem ‘Senario The Legend is coming back’,” ujarnya.

Iklan

Tambahnya, pelakon dan pengarah, Aziz M Osman turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai filem tersebut.

“Selepas Allahyarham kembali ke Rahmatullah, waktu jumpa abang Aziz, beliau ‘surrender’ tak nak mengarah, sebaliknya mahu berlakon dengan kami.

“Senario bagi abang Aziz dah macam keluarga, mudah bekerjasama,” katanya.

 

Pada 14 Disember 2023, Lan memberi bayangan bakal kembali bersama kumpulan tersebut tidak lama lagi selepas melihat permintaan tinggi daripada peminat yang mahu mereka bersatu.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!