Animator terkenal, Ron Campbell meninggal dunia

Ron Campbell
Ron Campbell
A
A
A

ANIMATOR dan pengarah siri kartun lagenda kelahiran Australia, Ron Campbell meninggal dunia pada usia 81 tahun, Jumaat lalu.

Campbell yang dilahirkan pada 26 Disember 1939, memulakan kerjayanya pada tahun 1958 dan mula dikenali menerusi siri kartun arahannya, The Beatles yang cukup popular ketika disiarkan di kaca TV sekitar tahun 1965-1969.

Kerjayanya semakin menyinar apabila berhijrah ke Amerika Syarikat dan berjaya menghasilkan deretan siri kartun kegemaran ramai seperti Yellow Submarine, The Flintstones, The Smurfs, The Jetsons, Scooby-Doo, Where Are You dan banyak lagi.

Campbell bersara daripada dunia animasi pada tahun 2008 dan banyak menghasilkan lukisan berdasarkan watak-watak kartun yang sinonim dengan dirinya.

Lebih lima dekad aktif sebagai seorang animator, karya-karya Campbell akan terus dikenang dan menjadi nostalgia kepada kebanyakan peminat dan penonton yang membesar dengan siri kartun yang dihasilkannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca