ANUGERAH dan ujian diberikan kepada manusia untuk menjadikan seseorang itu lebih baik.

Itu yang dilalui pelakon cantik Nelydia Senrose yang dijemput menjadi tetamu ALLAH untuk menunaikan ibadah haji.

Nelydia yang berangkat ke Mekah bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi semalam menyifatkan panggilan haji yang diterimanya adalah anugerah terindah buat mereka.

“Saya dan suami dengan penuh rasa kesyukuran, gembira dan tawaduk atas kebesaran Pencipta yang Maha Pengasih dan Mengasihani yang mengizinkan kami menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji.

“Ini adalah anugerah ALLAH yang maha agung buat kami berdua. Segala yang saya hajatkan. Semua yang saya impikan.

“Apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” tulisnya di Instagram.

Baca juga ‘Saya mahu elak diri daripada bergosip, cakap perkara tak berfaedah.’-Hawa Rizwana

NELYDIA
NELYDIA

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, itu dengan penuh rasa rendah diri turut mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua yang mengenali dirinya.

“Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemafaan kepada semua yang mengenali saya.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang disedari mahupun tanpa sengaja, terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.

“Saya mohon dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur,” coretnya.

Iklan

Baca juga Raja Ilya selamat bersalin, pilih nama Talita Love

Dalam pada itu, Nelydia turut berkongsi gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Mekah.

Terdahulu, Nelydia menarik perhatian apabila mengenakan hijab sekembalinya dari menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

Iklan

Nelydia Senrose dan suami mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.