Apa korang akan buat kalau berada di tempat saya dan suami? – Siti Sarah

SITI SARAH
SITI SARAH
A
A
A

PENYANYI Siti Sarah meluahkan rasa kesal terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan cerita tidak benar tentang dirinya dan suami secara berterusan.

Sarah, 37, yang juga isteri kepada pelawak Shuib, menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya pada Ahad turut mempersoalkan tentang sikap segelintir netizen yang berlagak seolah-olah wartawan.

“Apa korang akan buat kalau berada di tempat saya dan suami? Korang tak buat satu benda, tapi difitnah besar-besaran kerana portal-portal yang tidak bertanggangjawab.

“Kononnya nak menegakkan kebenaran. Semua nak jadi wartawan padahal info pun salah,” luahnya.

Menurut penyanyi lagu Semakin itu lagi, ada juga di antara mereka yang menggunakan populariti kes tersebut untuk menjual dan melariskan produk.

“Mula tu post lah cerita pasal duit haram bagai, kemudian alih-alih jual (ubat) kelamin dan sebagainya.

“Tak faham saya dengan fitnah orang, buat review produk itu duit halal. Wallahualam,” katanya.

Terdahulu pada Oktober tahun lalu, Shuib dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu penggubahan wang haram.

Sejak itu, pasangan suami isteri ini mendapat kecaman berterusan daripada netizen yang membuat pelbagai andaian dan spekulasi sendiri sehingga mencetuskan fitnah.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Siti Sarah)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca