DUA unit apartment mewah milik pelakon aksi legenda Hong Kong, Jackie Chan, 66, bakal dilelong berikutan masalah pertikaian hak milik.

Menurut laporan media antarabangsa, kediaman yang terletak di daerah Dongmen dekat Beijing itu  kini dimasukan dalam senarai lelongan di negara itu.

Gabungan dua unit apartment mewah itu memiliki keluasan 1,200 meter persegi dengan enam bilik tidur serta tiga ruang tamu.

Iklan

Rumah tersebut dikatakan akan dibuka untuk bidaan dengan nilai permulaan 71.9 juta yuan (kira-kira RM43 juta) bermula 28 September ini dengan lebih 600 pengguna berdaftar telah menunjukkan minat ke atas unit itu.

Iklan

Difahamkan Jackie dan keluarganya tinggal di rumah tersebut sejak 2007. Kediaman tersebut juga pernah mendapat perhatian ramai apabila anak lelaki Jackie iaitu, Jaycee Chan telah ditahan di situ berkaitan kes pengedaran dadah jenis ganja  pada 2014.