TIDAK dinafikan industri seni hari ini agak suram dek kerana penularan virus pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih menjadi masalah utama dunia.

Namun, ia tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah kontroversi, berita sedih dan gembira yang masih dilaporkan oleh media setiap hari.

Seperti pengacara, pelakon dan usahawan berjaya, Noor Neelofa Mohd Noor, berkongsikan berita gembira buat peminat yang mana aplikasi miliknya yang dikenali sebagai TheNoor kini secara rasminya telah dilancarkan.

Setelah memberi gambaran awal mengenai kewujudan aplikasi tersebut menerusi laman Instagramnya November lalu, akhirnya aplikasi TheNoor kini sudah sedia untuk dimuat turun dan diguna pakai.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Neelofa dalan Instagramnya yang mana beliau memuat naik satu video pengenalan mengenai aplikasi tersebut.

“Dunia bergerak begitu pantas tanpa kita menyedai waktu yang berlalu.

“Kadang kala kita terlalu sibuk mengejar dunia, hingga kita alpa dalam menunaikan perkara yang wajib.

“Sebagaimana jasat kita memerlukan makanan dan minuman untuk hidup, begitu juga roh kita memerlukan pengisian.

“Dalam dunia serba moden dan dinamik, pelbagai inisiatif telah dilakukan agar ruang dakwah dikembangkan melalui teknologi untuk membantu kita mendapatkan ilmu bagi meningkatkan amal kita kepadaNYA.

“Kami berharap aplikasi TheNoor akan menjadi aplikasi ruang dakwah yang memberi manfaat kepada jutaan manusia,” katanya.

TheNoor adalah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang merangkumi semua aspek kerohanian kini sedia untuk dimuat turut.

Pelbagai ciri boleh ditemui pada aplikasi tersebut seperti waktu solat, arah kiblat, pemain media al-Quran serta terjemahan yang dialih suara dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Indonesia.

Iklan

Menjadikan ia lebih Istimewanya, naskhah yang digunakan adalah al-Quran Mujammak Madinah dan berkemungkinan akan ditambah serta dipelbagaikan lagi bahasa supaya ia mampu bertaraf global.

Bersesuaian dengan namanya, aplikasi itu dinamakan sempena nama Noor yang memberi maksud cahaya yang menerangi dan membawa rahmat kepada seluruh umat manusia.

Seterusnya, penggunaan kombinasi warna yang terang dan menonjol pada beberapa tema yang tersedia menjadikan antaramuka pada aplikasi ini kelihatan menyerlah.

Iklan

Konsep yang diketengahkan juga kelihatan ringkas, ceria dan mesra pengguna yang mana sangat mudah untuk untuk difahami.

Aplikasi TheNoor tersedia untuk peranti iOS dan Android. Ia juga boleh dimuat naik secara percuma tanpa sebarang cas dikenakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)