PELAKON Aprena Manrose memaklumkan dirinya sah positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian calitannya hari ini.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 28, berkongsi berita tersbeut menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

“Saya memang sejenis ‘penakut’ tapi lagi takut bila tahu keputusan saya positif,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia membuat keputusan untuk membuat ujian calitan Covid-19 selepas beberapa hari tidak sedap badan dan selepas mengetahui pelakon Emma Maembong mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian tersebut di rumah.

“Saya terus minta contact dengan Emma dan pada hari seterusnya, saya buat swab test di rumah.

“Agak terkejut bila tahu saya positif. Tapi setelah mendengar nasihat doktor, saya rasa nak kongsi cerita ini pada anda semua,” katanya.

Dalam perkongsian sama, anak kepada penyanyi dangdut, Iwan itu turut menitipkan pesan pada mereka yang turut dijangkiti virus tersebut untuk kekal tenang dan sentiasa berfikiran positif.

“Untuk anda semua yang senasib dengan saya, stay calm and always be positive.

“Sebagaimana kita tahu, kes semakin meningkat, kebarangkalian untuk kita dijangkiti sangat tinggi.

“Kepada rakyat Malaysia, tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Iklan

Tambahnya lagi, pesakit Covid-19 bukanlah penjenayah dan sesiapa sahaja yang mempunyai simpton perlu tampil membuat ujian saringan.

“Kalau korang rasa ada simptom, tampilkan diri buat saringan atau berkurung di rumah selama 10 hari.

“Jika tidak, mungkin korang boleh sebarkan lagi virus itu. Kita boleh lawan virus ini bersama-sama, insya-ALLAH.

Iklan

“Terima kasih kepada semua teman-teman rapat dan keluarga yang sentiasa mendoakan. Sayang anda semua,” katanya.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Aprena Manrose)