Artis 'catwalk' di KLFW 2022 sambil aksi merokok, Dr Noor Hisham tampil beri teguran

merokok
merokok
A
A
A

ARTIS dengan gaya tersendiri mewarnai pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) baru-baru ini menjadi tumpuan ramai.

KLFW 2022 yang berlangsung selama lima hari itu, 17 hingga 21 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur berlangsung dengan cukup meriah. Begitu juga dengan penampilan 'stylish' selebriti tempatan yang hadir.

Selain menyaksikan peragaan fesyen jenama hebat lokal, stail selebriti juga menjadi salah satu tarikan di pentas tersebut.

Salah satunya, tindakan vokalis band terkemuka Hujan, Noh Salleh yang mengeluarkan seputung rokok ketika catwalk cetus bualan ramai.

Turut tampil memberi teguran, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Menurut Dr Noor Hisham, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil serius terhadap isu berkaitan selebriti yang menunjukkan tingkah laku tidak senonoh dan tidak baik lalu dipertontonkan umum seperti merokok.

Beliau turut berkongsikan pendapat beliau menerusi hantaran yang dibuat di laman Facebooknya.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai dan di pentas persembahan.

"Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

"Dari sudut kesihatan, perbuatan merokok atau menghisap vape sememangnya mendatangkan kemudaratan baik kepada perokok dan orang di sekeliling mereka.” tulis beliau.

Baca juga Terkejut didiagnos kanser walau sudah bertahun tinggalkan tabiat merokok

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham turut menyatakan golongan selebriti ini sepatutnya menjaga tingkah laku masing-masing.

Hal ini demikian kerana aksi-aksi yang dilakukan oleh mereka sering dipandang oleh orang awam dan secara tidak langsung mampu menjadi ikutan dalam kalangan peminat mereka.

"Sebagai seorang selebriti, tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan akan menjadi ikutan.

"Oleh itu, sebagai selebriti mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan tingkah laku yang baik yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat.

"KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat," tegasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa teguran beliau selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Rang Undang-undang ini dilakukan agar kawalan terhadap produk merokok secara menyeluruh dapat dilaksanakan bagi mengurangkan masalah kegiatan merokok dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Sementara itu, menurut doktor perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang, wanita yang merokok bakal berdepan risiko kanser serviks.

Ujarnya, merokok boleh mengurangkan kesuburan termasuk menyebabkan kemudaratan kepada janin.

Baca juga Ibu jangan lupa didik anak lelaki buat kerja rumah, lepas kahwin tak jadikan isteri seperti hamba

MEROKOK

Antara kesan lain adalah;

1. Nafas berbau

Merokok menyebabkan masalah tidak menyenangkan seperti nafas berbau, gigi berkarat, penyakit gusi dan kerosakan deria rasa.

2. Tekanan kepada jantung

Karbon monoksida daripada asap dan nikotin memberi tekanan kepada jantung. Bahan-bahan tersebut juga meningkatkan risiko darah membeku.

3. Kesukaran bernafas

Merokok menyebabkan 84 peratus daripada kematian akibat kanser paru-paru.

Ia termasuklah, mengakibatkan pulmonari obstruktif kronik (COPD), kesukaran bernafas dan penyempitan saluran udara serta kemusnahan tisu paru-paru.

4. Mati pucuk

Lebih membimbangkan, merokok boleh menyebabkan mati pucuk kerana pembuluh darah yang membekalkan darah ke zakar boleh rosak termasuk merosakkan dan mengurangkan kiraan sperma serta menyebabkan kanser testis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca