Artis popular serikan Konsert 1 Juta YouTube ERA

Untitled design (76)
Untitled design (76)
A
A
A

SEMPENA meraikan 1 juta pengikut di platform YouTube, Radio ERA mengajak semua rakyat Malaysia menikmati Konsert 1 Juta YouTube yang boleh distrim secara langsung pada 25 Oktober, jam 9 malam di YouTube dan Facebook Live ERA.

Peminat boleh berhibur dengan persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi kegemaran seperti Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Dolla, Azzam Sham, Iman Troye, Sarah Suhairi, Shiha Zikir, Yonnyboii, Asyraf Nasir, Zyn Akal dan The Locos, kumpulan yang juga merupakan penata muzik dan persembahan untuk konsert langsung ini.

Nantikan persembahan-persembahan mengujakan dalam Konsert 1 Juta YouTube ERA bersama keluarga dan rakan-rakan, yang dibawakan oleh Win Win Cracker.

Dapatkan maklumat terkini berkaitan ‘Konsert 1 Juta YouTube ERA’ di laman rasmi dan di platform media sosial ERA.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca