Asfan Shah reda pemergian bapa tersayang

A
A
A

PENYANYI Asfan Shah berkongsi berita duka mengenai pemergian bapa tersayang, Shah Rudin Md Noor, 65, pada awal pagi Jumaat.

Menurut Asfan, 37, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, Selangor selepas beberapa bulan didiagnos menghidap kanser paru-paru tahap empat.

"Ayah sakit secara drastik dalam tiga atau lima bulan lepas. Selepas membuat pemeriksaan lanjut, baru tahu dia menghidap kanser yang sudah sampai tahap empat.

"Ayah tinggal bersama saya dan memang pakai alat bantuan pernafasan (oksigen) 24 jam sehari," ujarnya memetik laporan mStar.

Asfan pernah berkongsi mengenai kesihatan bapanya bulan lalu menerusi Instagram.

Tambah penyanyi yang hits dengan lagu Sumpah Cintaku, dia bersyukur kerana Allahyarham pergi pada penghulu segala hari.

"Sebelum azan Subuh, saya sempat melihat ayah, badannya masih terasa panas, tetapi ayah sudah tidak bergerak lagi. Mungkin ketika itu dia baru sahaja meninggal dunia.

“Apa-apa pun, saya bersyukur Allah ambil ayah saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” katanya.

Jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Jumaat di Shah Alam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca