Ashira, Bad Indigo nikah hari ini

Ashira & Bad Indigo
Ashira & Bad Indigo
A
A
A

PENYANYI Ashira Aziz dan Bad Indigo bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri hari ini.

Berita tersebut dikongsi Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abd Aziz, 37, menerusi Instagram dengan memuat naik fotonya yang sedang mengenakan inai di tangan.

“Today is the day. Sementara tunggu MUA sampai, so I selfielah. Last selfie sebelum bergelar isteri orang,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ashira yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu tidak berkongsi secara terperinci tentang majlis yang bakal berlangsung, sebaliknya mendokaan agar apa yang dirancang berjalan lancar.

“Semoga semuanya berjalan dengan lancar hari ini, insya-ALLAH Amin.

“Ashira X Bad. 11 Mac 2021, Israk Mikraj,” tulisnya.

Perkongsia tersebut mencuri perhatian rakan-rakan dan pengikutnya yang memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah, selain menitipkan doa buat bakal pengantin itu.

Terdahulu Ashira yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, mula menjalinkan hubungan dengan cinta dengan Bad selepas sama-sama menyertai GV7 sekitar Oktober lalu.

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah yang berstatus duda, turut mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11 daripada perkahwinan terdahulu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca